Quantcast
Channel: Laman Agro @ Sains Pertanian
Viewing all articles
Browse latest Browse all 41

Bedah Siasat Organ Pencernaan Ayam

$
0
0
Pada hari Jumaat, 22 Januari 2016, pelajar Sains Pertanian Tingkatan 5, telah menjalani amali bedah siasat organ pencernaan ayam.  Berikut adalah prosedur amali yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar tersebut.


Bahan / Radas
set pembedahan, pisau, dulang, sekateur, paku, tukul, marker pen, papan landas

Langkah-langkah
1.   Letakkan ayam secara telentang.
2.   Tanda bahagian yang hendak dibedah.
3.   Paku kepak dan peha.
4.   Belah melintang pada tembolok.
5.   Masukkan 2 jari untuk melonggarkan tembolok @ esofagus.
6.   Belah dada memanjang daripada abdomen hingga ke kloaka.
7.   Potong tulang dada.
8.   Buka tulang dada.
9.   Longgarkan organ dengan memasukkan 3 jari.
10. Keluarkan organ pencernaan.
11. Uraikan organ pencernaan.
12. Pamerkan di atas dulang.

Langkah Keselamatan
1. Guna pisau yang tajam
2. Potong tulang dengan berhati-hati
3. Keluarkan organ dengan cermat








Viewing all articles
Browse latest Browse all 41